Sunday, September 21, 2008

Thursday, May 15, 2008

NAIM di Uji bakat TOM TOM BAK@MTC

Photobucket

Saturday, May 3, 2008

Sunday, April 13, 2008

Penyingkiran Lufya dan Naim

Sabtu lalu, menyaksikan tersingkirnya dua peserta serentak iaitu Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 23 dan peserta lelaki tinggi lampai berusia 20 tahun, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Shauqi Naaim Salmi.
Lufya yang menyanyikan lagu Tika Dan Saat Ini, nyanyian asal kumpulan Medicine dikritik hebat oleh barisan pengkritik terutama mengenai pakaian dan cara nyanyiannya yang seolah-olah memaksa diri.
“Maaf, nampak persembahan yang seolah-olah awak memaksa. Saya tahu awak bekerja keras tetapi memang nampak sangat paksaan dalam persembahan itu,” tegas Ogy tanpa berselindung.
Dalam pada itu, Ning dan Adlin berpendapat, baju yang diberikan kepada Lufya langsung tidak bertepatan dengan konsert yang bertemakan rock itu.
Naim yang menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Wings, Opera Hidup, dilihat masih banyak kelemahan. Bahkan, menurut Ogy dan Adlin, Naim kurang pendedahan tentang teknik persembahan dan vokal yang baik.
Bagaimanapun, Ning pula berpendapat bahawa graf persembahan Naim pada malam Sabtu lalu ada sedikit peningkatan berbanding dua minggu lalu.
Penyingkiran dua peserta sekali gus itu membuka laluan kepada 10 lagi peserta yang bakal meneruskan cabaran pada konsert minggu keempat AF6, Sabtu ini.

Saturday, April 12, 2008

Naim Putus Cinta Sebelum Masuk AF6

Sikapnya agak pelik. Dia kelihatan seperti blur, kebingungan malah dia sendiri mengakui keadaan itu. Demikianlah lucunya perangai bekas pelajar Akademi Fantasia 6 (AF6) yang berasal dari Batu Gajah, Perak, Muhammad Shauqi Naaim Salmi, 20, atau lebih dikenali Naim."Memang macam inilah perangai saya. Bukan tak fokus tapi saya memang lambat sikit menangkap. Orang cakap blur, slow dan macam-macam lagi tapi saya sebenarnya seorang yang simple sangat. Cara pakaian pun biasanya jeans dan t-shirt, cuma sejak masuk AF6 saya diberi peluang bergaya lebih sikit," ujar Naim kepada murai.com.my.Bertubuh tinggi lampai melebihi 6 kaki, Naim nyata pelajar lelaki pertama tersingkir ketika konsert ketiga AF6 berlangsung minggu lepas. Nasib tidak menyebelahinya sebagai mana Lufya.
"Tapi saya tidak putus semangat. Saya akan tetap berjuang menjadi penyanyi dan saya sudah berjanji kepada Opah untuk merebut segala peluang yang ada," kata Naim yang suka bermain gitar di depan Opahnya. Sementara itu, sudah menjadi kebiasaan bagi setiap bekas pelajar AF, soalan mengenai kisah cinta mereka akan cuba dikorek pihak media.
Pada mulanya, Naim berat untuk mengakui tentang kisah cintanya. Pun begitu, selepas berkali-kali disoal, akhirnya Naim mengaku pernah menjalinkan hubungan cinta monyet dengan rakan sekolah!
"Ketika itu, saya bakal mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Saya berkawan rapat dengan seorang gadis yang sama sekolah dengan saya. Tapi sampai satu peringkat, dia yang minta kami putuskan hubungan sebab takut saya berubah hati selepas sertai AF6," kata Naim yang menganggap usianya masih lagi muda untuk bercinta dengan serius.
Ingin sambung belajar? "Saya baru lepas STPM. Keputusannya pun saya belum tahu lagi. Kalau boleh saya nak sambung belajar sebab nyanyian tidak akan lari ke mana-mana," jelas Naim yang juga sudah mempunyai blog dengan murai.com.my.

Photobucket

Photobucket