Thursday, April 10, 2008

Aksi AF

Belakang Pentas

Setelah menyaksikan perginya Yana dan Ika pada minggu pertama dan kedua, Akedemi Fantasia musim keenam(AF6) membuat kejutan pada minggu ketiga dengan penyinggikiran sepasang pelajar.Seperti diakur,anak kelahiran Johor Bahru,Luftyah Sheikh omar atau lufya,23,terpaksa mengikut jejak langkah dua teman rapatnya itu setelah menerima undian terendah selepas undian ditutup dalam konsert yang diadakan di Dewan Sivik MBPJ,Petaling Jaya itu.Namun,gadis yang juga model sambilan itu tidak keseorangan menarik beg dari pentas,sebaliknya ditemani seorang lagi pelajar yang terpaksa dighentikan pempelajarannya daripada AF6,Naim.Naim atau nama sebenarnya Muhammmad Shauqi Naaim Salmi,20,berasal dari Batu Gajah,Perak mendapat undian kedua terendah selepas Lufya.
Lufya yang menyampaikan lagu Tika dan Saat Ini,dendangan asal kumpulan kumpulan Medicine menerima undian agak baik ketika pembuka konsert iaitu 7 peratus pada tempat ke tujuh.Namun dia terpaksa berputih mata selepas undiannya jatuh merundum,sekadar mencatatkan undian 5 peratus,meletakkannya pada tangga tercorot.Jika pihak penerbitan AF6 tidak membuat kejutan menyingkirkan dua pelajar malam itu,pasti Naim yang menerima undian awal 7 peratus pada tangga kesembilan terselamat daripada menerima nasib sama seperti Lufya.Namun dek kejutan yang tak disanka,Naim yang mendendangkan lagu Opera Hidup oleh Wings terpaksa melupakan hasrat bergelar juara AF6 setelah menerima undian hanya 6 peratus selepas masa mengundi ditutup.
Keputusan itu agak menyedihkan peminat Lufya,apatah lagi tahap persembahannya menunjukkan peningkatan agak ketara.Penguasaan vokalnya agak baik berbanding dua konsert lepas,menaikkan semangat gadis yang pernah terlibat dalam iklan kormersial jenama antarabangsa itu.Walaupun menerima kritikan daripada pengkritik,Fauziah Datuk Ahmad Daud,Ning Baizura dan Adlin Aman Ramli,kritikan itulah 'sekeras' kritikan diterima pelajar lain.Tetapi itu terlalu lewat untuk menyelamatkan Lufya daripada menjadi mangsa penyingkiran.Lain pula cerita Naim,yang sejak awal dilihat sebagai calon pelajar lelaki terawal meninggalkan AF6 setelah mencatatkan rekod 'kurang enak' selepas tiga minggu di akedemi.Walaupun ternyata ada pelajar mempersembahkan nyayian kurang baik berbanding Naim,ternyata merit pelajar bertubuh paling tinggi itu kurang melayakkanya terus menimba pembelajaran falkulti pimpinan Ramli MS itu.
Dua pelajar itu ditemui Aksi selepas penyingggiran.Tenang pada awalnya,namun kedua-duanya gagal mengawal emosi lalu menitiskan airmata.Tidak dinafikan,mereka ketika itu terkejut dengan keputusan yang langsung tidak berpihak kepada mereka.Perasaan sedih dan kecewa berbaur dalam hati,terpancar pada wajah apabila diwawancara.Lufya yang pada mulanya cuba menenangkan Naim yang terlebih dahulu sebak setelah perkara Opah dan Tok disebut penulis,mengalirkan air mata selepas ditanya mengenai gossip yang diperkatakan orang ramai berkenaan hidupnya sebelum melangkah ke AF6.Apa cerita sebenarnya?

Sangka ada kejutan

Lufya pada awalnya tidak menyangka ada dua penyingkiran malam itu,namun berbeza dengan Naim yang sudah merasakan ada kejutan mengenai penyingiran berdasarkan sejarah berlaku pada AF5 yang menyaksikan tiga penyingiran sekali gus dalam satu masa.Naim yang mengakui kelemahanya dalam nyanyian sebaliknya masih menaruh harapan walaupun namanya diumumkan sebagai pelajar tersinggir.
"Walaupun akur dengan keputusan itu,saya yakin masih ada gimik yang mungkin berlaku.Namun, adat AF menafikan perkara itu dan saya terpaksa akur,"kata Naim.Dia juga kesal kerana suara 'angsa' masih kedengaran dalam persembahannya,selain hilang fokus berbeza persembahan pada raptai penuh.Dia juga sedar gaya persembahannya juga mungkin kurang menarik sehingga gagal menarik perhatian penonton terus mengundinya.

"Opah, maafkan Abang"

Naim yang pada ceria,mula sugul apabila penulis menyentuh persoalan datuk dan neneknya yang dipanggil Tok dan Opah.Dia yang rapat dengan mereka ternyata tidaj dapat menyembunyikan kehampaannya setelah gagal meneruskan pembelajarannya di AF6.Dia hanya mengangguk sambil menitiskan air mata apabila ditanyaapakah dia terbayangkan wajah keluarga apabila diumumkan tersingkir.
"Abang(apabila Naim di rumah)minta maaf.Abang dah buat yang terbaik,"ucap Naim.Dia berharap dapat menyampaikan lagu Mahakarya Cinta dendangan asal Faizal Tahir untuk keluarganya jika berpeluang melakukanya.

Naim yang mula kesal kerana terpaksa berpisah dengan Saida yang dianggap sebagai kakaknya.Menurutnya,kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza itu melayannya seperti 'adik bungsu'.
"Walaupun saya paling tinggi dan nampak 'besar',saya memang manja.Saya tak boleh nak berpura-pura macho,"kata Naim menyentuh sikap manjanya.Dia juga rindukan masa berjaga malam kerana berfikir dan munasabah diri mengenai kekurangan nyanyiannya.Namun,itu semua kenangan dan diharapkan mereka dapat ,elangkah gagah dalam dunia hiburan tanah air yang ditempuhi selepas ini.

Oleh Juan Danza
AKSI AF


No comments: