Thursday, April 10, 2008

di sebalik N

Dua jejaka berbeza.Memiliki latar belakang berlainan,namun memiliki impian sama bergelar juara Akedemi Fantasia musim keenam (AF6).Ahmad Nubhan Ahamad,22,berlatang belakang jauh berbeza,berlainan negeri dan status pekerjaan.Bakat semula jadi yang menyatukan mereka di AF6,sekali gus memeriahkan perjalanan rancangan TV realiti paling popular itu.Berbekalkan wajah manis dan suara memukau,pasti pemilihan mereka tepat.Apatah lagi,pemilihan itu disertai pengetua AF6,Ramli MS.Naim,memiliki ketinggian mencecah 6 kaki mempunyai personaliti humor,manakala Nubhan yang juga tinggi lampai,mempertaruhkan vokal istimewa kepada penonton.Jom selusuri cerita mengenai dua jejaka ini.

Naim 'jamming' dengan ibu
Lain pula ceritanya dengan pelajar dari Batu Gajah,Perak ini.Anak sulung daripada dua beradik ini memang minat menyanyi,malah mewarisi bakatnya daripada neneknya yang dipanggil Opah dan ibu bapa saudaranya daripada sebelah bapanya,Salmi Aman,44.
"Abang(panggilan Naim di rumah) memenag suka musik dan menyanyi.Dia belajar main gitar pun melalui buku panduan yang dibelinya dengan harga RM1.Saya selalu memintanya menemani saya memasak,dan bermain gitar sambil menyanyi bersama.Lagu kegemaran kami ialah Zombie daripada The Cranberries,"cerita ibunya,Normimi Taksiah Nordin,39,yang turut memberi galakan kepada Naim menyertai uji bakat AF6,selain nenek dan bapa saudaranya yang dipanggil Cu Ali.
"Selepas gagal uji bakat di Pulau pinang,dia memang hampa tetapi saya beritahu yang dia masihberpeluang untuk menghadiri uji bakat di PNB darby park,Kuala Lumpur.tak sangka dia akhirnya berjaya,"kata Normimi.malah Naim mengalami kemalangan kecil setelah motosikal yang dinaiki bersama sepupunya terbabas dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.Mujurlah tiada perkara buruk kerana dia hanya mengalami luka ringan.

Dipuji sultan Perak

Naim yang lebih dikenali sebagai Shauqi di kalangan rakannya juga pernah membuat persembahan beberapa kelab dan keramaian,seperti di kelab Golf di Ipoh dan majlis di sekitar Perak.Dalam satu persembahan,dia pernah mendapat pujian daripada Sultan Perak,Sultan Azlan Shah dalam sebuah majlis yang dihadiri baginda.
"Baginda sultan sempat memujinya ketika dia menghampiri baginda selepas majlis selesai.Kata baginda,suaranya sedap dan membuat persembahan baik.Itu anatara kenangan paling manis yang dilaluinya sepanjang menceburi bidang nyanyian,"kata normimi berkenaan anak sulungnya itu.

Rindukan nasi goreng Opah

Menurut Normimi,Naim yang dilahirkan di Grik,gemar menangis waktu malam sehingga dia terpaksa tidur dengan datuknya ketika berusia lapan bulan.Selain itu,tabiatnya suka mengigit kuku berkekalan sehingga sekarang.Makanan kegemarannya,nasi berlaukkan ikan atau ayam goreng dengan kicap manis.
"Dia memang cukup menggemari nasi goreng masakan Opahnya.Setiap hari,dia tak jemu membawa bekal nasi goreng ke sekolah walaupun ketika itu belajar dalam tingkatan enam.Masuk AF ni,mesti dia teringat nasi goreng Opahnya tu.Tetapi tak apalah,dia pun nak kejar cita-cita juga,"kataNormimi.Naim yang ada seorang adik,Muhammad Shafiq Danial,16,tinggal bersama datuk dan neneknya kerana ingin menemani mereka.Begitu pun,masih sedaerah dengan rumah ibu bapanya.
Bagi keluarga Naim,mereka mengharapkan yang terbaik untunya.sebagai anak dan cucu sulung keluarga,naim diharap dapat memajukan diri dan membanggakan keluarga.

oleh Juan Danza
AKSI AF
Rindukan nasi goreng Opah

No comments: